Sunday 13 September 2015

Temasya Balapan Pendidikan Khas Daerah Manjung Tahun 2015

Bismillahirrahmanirrahim

Pada 3 September 2015 telah berlangsungnya Temasya Balapan Pendidikan Khas Daerah Manjung yang bertempat di Stadium MPM, Seri Manjung. Bagi acara 200 m dan 4x100m tidak dapat dijalankan kerana semua acara pada jam 10.00 pagi terpaksa diberhentikan akibat daripada indeks IPU pada waktu itu telah lebih dari 100. Namun kita masih berjaya kerana telah memenangi 3 kategori daripada acara-acara yang telah dipertandingkan.


Muhammad Nasrullah bin Nasaruddin telah memenangi pingat gangsa Acara 400 m Kategori Lelaki BP Menengah . Tahniah Nasrul.

Aisyah binti Mohd Muslim telah mendapat Tempat ke-3 acara 100 m Perempuan BP Bawah 14 Tahun. Syabas dan Tahniah Aisyah. Penyertaan pertama beliau dan berjaya mendapat tempat.

Izaty Syadzleen Faqihah binti Ahmad Zabidi juga mendapat Tempat ke-3 Acara 100m Down Syndrome Kategori Perempuan BP Menengah. Syabas dan tahniah kepada Izaty. Tahun lepas ada penyertaan beliau tetapi kurang berjaya. Alhamdulillah ada rezeki beliau mendapat tempat.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kelancaran latihan olahraga berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Tahniah juga bagi semua guru dan PPM yang sama-sama menyumbang tenaga dan masa atas kejayaan ini.

Salam Cemerlang, Salam Perak Excellent

Cikgu Anne





Wednesday 26 August 2015

Karnival Futsal dan Bola Jaring Pendidikan Khas Daerah Manjung Tahun 2015



19 Ogos 2015 yang lepas telah berlangsungnya Karnival Permainan Futsal dan Bola Jaring Pendidikan Khas Daerah Manjung 2015 di SMK Pantai Remis. Keputusan bagi Pertandingan Futsal kurang baik namun saya harus berkata semangat juang mereka bermati-matian sehingga habis perlawanan patut diberi pujian dan galakan. Walaupun hanya mendapat TEMPAT KE-4 syabas dan tahniah juga kepada mereka. 

Manakala bagi Pertandingan Bola Jaring pula, sekolah kita hanya menghantar 3 pemain sahaja.  Oleh kerana kurang dari bilangan satu pasukan maka pemain bola jaring kami bergabung dengan pasukan dari PPKI SMK Batu Sepuluh. Alhamdulillah, syukur kepada Allah mereka berjaya mendapat NAIB JOHAN SEK MEN walaupun tewas kepada gabungan pasukan PPKI dari SMK Changkat Beruas, SMK Ambrose, dan SMK Pantai Remis. Syabas dan tahniah kepada semua para peserta yang terlibat. Menang atau kalah memang adat pertandingan. Tetapi semangat kesukanan, pengalaman dan kekuatan mental anda semua adalah lebih penting dalam sesuatu pertandingan. Teruskan kecemerlangan pada tahun hadapan. 

 Teruskan usaha kalian lagi..Syabas dan Tahniah Aisyah, Amira dan Nabiha. Seronok mereka dapat medal. Kali pertama kata mereka :-)


* Sekarang tengah buat persediaan untuk Kejohanan Balapan dan Padang P.Khas Daerah di sekolah yang bakal diadakan pada minggu hadapan.

Salam ceria semua

Cikgu Anne

Karnival Permainan Boling P.Khas Daerah Manjung 2015

Tahniah!😆
Syabas!😊
Anda Memang Terbaik!

4 Ogos 2015 tarikh keramat..sekali lagi kegemilangan tercipta. Sekalung tahniah dan syabas buat team boling pendidikan PPKI SMK Kg. Dato' Seri Kamaruddin Seri Manjung yang telah berjaya mendapat Naib Johan Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Manjung bagi tahun 2015..Tahun lepas No.3..dan nampaknya tahun ni kita berjaya naik satu anak tangga lagi..tak sia-sia kita ke Kg. Koh untuk latihan boling di saat-saat akhir..

Satu perkara yang boleh diperjelaskan di sini ialah berkenaan kekuatan mental dan fizikal yang mana team PPKI SMKKDSK duduk bersebelahan dengan team jaguh daerah. Psycho memang psycho.. bukan takat peserta, guru pun perlu kuat untuk terus bagi semangat pada anak murid. Fuhhh..pengalaman yang cukup berharga bagi kita semua.. Apapun tahniah buat warga PPKI SMK KDSK..kecemerlangan PPKI kini bermula...😄



 Medal disampaikan oleh Mantan Penyelaras kami iaitu En. Shahrulnizam bin Abdullah yang kini bertugas di PPD Manjung. Terima kasih 'cikgu' Shahrul :)


PasukanTeam Boling PPKI SMK KDSK Terbaik!


Salam Cemerlang, Salam Kesukanan

Cikgu Anne

Sunday 16 August 2015

Ain Maisarah in the Hous


Anne: Assalamualaikum Aishah. Esok memang confirm ke Ain Maisarah tu datang sekolah kita?

Aishah: Iye Anne. Tadi saya takde di sekolah. Menghantar pelajar ke Nan Hwa. Tak sempat hantar flies ke pendidikan khas.

Anne: Takpa. Dah maklum pada pelajar dah. Esok Anne bawak kelas pendidikan khas ke Surau ek? Kebetulan memang jadual saya.

Aishah: Boleh je. Datang masa tingkatan 1 pun boleh. tapi kalau nak jumpa dengan Ain Maisarah tu kena awal la lepas perhimpunan.

Anne: Terima kasih banyak Aishah. Thanks for the info. (Tak sabar tunggu hari esok..hihihi)

Itulah tadi antara dialog whatsapp antara saya bersama Ketua Guru Pusat Sumber sekolah sehari sebelum kedatangan novelis ini. Saya masih tidak percaya akan kehadiran novelis yang cukup terkenal iaitu Ain Maisarah ke SMK Kg. Dato Seri Kamaruddin. Saya dimaklumkan juga bahawa sekolah saya adalah satu-satunya sekolah menengah di Manjung yang akan di hadiri oleh beliau dalam Projek Jelajah Sekolah anjuran Blink Book Sdn. Bhd pada 14 Ogos 2015. Saya bukanlah jenis suka membaca buku novel tetapi saya suka mencari maklumat tentang dunia penulisan dan kraftangan. Jika anda bertanya bertanya kepada saya tentang novelis novel yang lain saya 'angkat tangan' siap-siap tanda saya tidak mengetahui tentang mereka. Sebenarnya saya mula menjejaki kisah Ain Maisarah sejak tahun 2014. Dan pada waktu itu saya mencari maklumat tentang PTS Publications. Dari situ kisah dan perkembangan Ain Maisarah ini saya dapat tahu secara tidak saya sedari. Kebetulan juga saya mempunyai adik dan adik ipar yang suka membaca novel maka dari situ juga perkembangan tentang Ain Maisarah ini dapat diketahui. Sedar tak sedar setelah hampir setahun lebih niat hati yang terpendam sekian lama untuk berjumpa dengan novelis ini ternyata Allah makbulkan. Alhamdulillah. Bukan melihat beliau dari jarak 100 meter tetapi betul-betul dapat bertentang mata dengan beliau.

Secara peribadi, beliau mempunyai satu keperibadian yang mudah didekati dan cukup mesra dengan sesiapa sahaja. Beliau petah berkata-kata dan berwajah manis membuatkan sesiapa sahaja akan tertarik dengannya.

Semasa kehadiran beliau di sekolah saya, beliau berkongsi tentang pengalaman 8 tahun menjadi novelis dan tips-tips potensi kerjaya sebagai seorang penulis. Saya yang turut bersama di dalam surau bersama para pelajar sekolah terasa tidak puas dengan perkongsian dari beliau. Gaya bahasa penyampaian kepada pelajar hanya bersahaja. Tidak hairanlah minat beliau yang mendalam sebagai seorang guru akhirnya mendekatkan beliau dengan remaja sekolah.

Perkongsian pengalaman Ain Maisarah bersama para pelajar SMK Kg. Dato' Seri Kamaruddin

Murid Pendidikan Khas berkesempatan bergambar dan bermesra bersama novelis terkenal ini. Jangan tidak percaya murid-murid pendidikan khas ini gemar membaca. Mereka dari Kelas Pendidikan Khas 1.

Selain dari sesi ceramah dan perkongsian dari Ain Maisarah turut diadakan adalah penjualan buku dan novel dari Blink Book Sdn. Bhd. dan PTS Media Group. Harga buku, novel dan komik yang dijual amat berpatutan dan boleh dibeli oleh pelajar dan guru.





Ini 'hasil tangkapan' yang sempat dibeli. Jika tidak diingatkan tarikh gaji yang belum tiba pasti 'hasil tangkapan' lebih dari biasa. 






Antara peminat novel dari kelas pendidikan khas. Bagus! Cik VF Teruskan minat membaca ya. cikgu menyokong minat kamu suka membaca.







Berpusu-pusu para pelajar membeli buku. Susah saya hendak menangkap gambar .:-)




Ini gambar paling mahal. Buah hati Pn. Ain Maisarah ada di sini. Semoga kita berjumpa lagi Mr. Aryan. :D


Kepada Pn. Ain Maisarah,
Terima kasih atas kesudian hadir ke sekolah kami. Segala yang dikongsikan oleh puan amat kami hargai. Satu peluang yang sangat bermakna dapat berjumpa dengan puan. dan kami doakan segala usaha dan ilmu yang disampaikan merupakan amalan soleh bagi puan meneruskan perjuangan menyebarkan ilmu bermanfaat kepada umat islam. Barakatifillah untuk puan sekeluarga. Syukran wa afwan dari kami atas kekurangan pihak sekolah jika ada. Selamat maju jaya untuk Pn. Ain Maisarah.


Sebarkan Ilmu, Sebarkan Salam

Cikgu Anne







Saturday 15 August 2015

[ Awalan Bismillah Barakah Fillah ]

Bismillahirrahmanirrahim

Blog ini dihasilkan oleh admin sebagai satu perkongsian pengalaman dan ilmu yang Allah pinjamkan hanya sekelumit cuma. Blog ini juga adalah blog peribadi admin maka setiap post bagi blog ini adalah hak milik sepenuhnya kepada admin. Moga setiap perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat untuk kita semua.


Salam Ukhwah Salam Kebahagiaan

Cikgu Anne